*sila isikan tempat kosong
Ambil perhatian bahawa george w bush </strong>[no.kp: ******-**-****] beralamat di rumah putih washington DC.
Ambil perhatian bahawa samad bin abu [NO. KP : ******-**-****] Pemohon/Defendan yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Marikh pada hari Selasa pada 19 haribulan Ogos 2008 pukul 9.00 pagi untuk mendapatkan suatu perintah bahawa:-
(i) ____________________________________________________
(iii) Kos
(iii) Lain-lain perintah yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Alasan-alasan permohonan ini ialah:-
1. _____________________________________________________
2. _____________________________________________________
Bertarikh pada 17 hb 07, 2008
————————————-
Peguam Pemohon/Defendan yang kacak
NOTIS PERMOHONAN BANTAHAN AWAL INI difailkan oleh Tetuan Rojak & Co, No. 6 Jalan Mercury, Seksyen 17, Neptune 3, untuk dan bagi pihak Pemohon/Defendan.
Categorised in Uncategorized
kepada sesiapa yang berkenaan atau terlibat dengan “konspirasi” tahap dewata…
sukacita dimaklumkan aku akan bercuti bermula esok sehingga hujung minggu ini…
di kesempatan ini juga,a ku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada diri sendiri dan selamat maju jaya kepada atlit-atlit malaysia yang bakal ke beijing bagi memenangi emas olimpik yang boleh di butter-tradekan dengan 100,000 barrel petroleum bermutu tinggi…
aku juga ingin membuat pengakuan yang aku bukan penyokong pakatan rakyat(aku tak perlu buat akuan besumpah untuk menunjukkan kejujuran jawapan aku) tapi aku rasa kelakar apabila menteri membandingkan ganjaran RM 1 juta utk emas olimpik sama dengan dengan ganjaran RM 1 juta dalam rancangan realiti tv one in a million. ya, jumlahnya mungkin sama tapi sumbernya berlainan..pikir sendiri…
yang paling penting, jangan cuba buat laporan polis atau mencari aku sepanjang tempoh aku bercuti ni… aku mmg pernah buat akuan bersumpah tapi utk tugas2 rasmi sahaja…akuan bersumpah aku takde elemen kontroversi mahupun sensasi…aku takkan menghilangkan diri atau disembunyikan pihak tertentu, manusia mahupun bunian…aku cuma bercuti….
sekiranya kamu cuba menghubungi aku melalui talian maxis atau celcomku dan tiada jawapan, itu tak bermakna aku disembunyikan atau sebagainya…mungkin kerana aku sedang bercuti atau aku ketiadaan kredit untuk membalas sms..
blog aku pun akan bercuti bersama aku…ya, kerana internet di rumah aku telah lama down kerana tiada siapa ingin membayar bil…
akhir kata,
majulah sukan untuk negara…jom cuti-cuti Malaysia
Categorised in Uncategorized
dlm beberapa hari yang sudah aku telah diengking oleh orangs utk update blog aku yang dah usang ni…terima kasih kepada orangs yang prihatin terhadap kondisi blog aku ni…tapi aku peduli apa, aku punya suka lah nak update ke taknak…dah nama pun blog aku…
sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, aku sebenarnya dah lama tak update blog ni sempena menyambut langkah kerajaan menggalakkan kempen menjimatkan elektrik agar duit yang dijimatkan boleh disalurkan ke dana tabung pingat emas olimpik berjumlah rm1 juta…ya, rm 1 juta utk pingat emas yang mungkin hanyalah standard emas zulian(BUKAN NAMA SEBENAR)…
mungkin jumlah sebanyak itu cukup berbaloi untuk penat lelah atlit yang bertanding dan berlatih serta dihantar menyertai kejohanan di luar negara dengan duit rakyat…mereka berpeluh dan layak mendapat rm 1 juta berbanding aku dan rakan-rakan yang menghabiskan bertahun-tahun belajar dan skrg perlu membayar hutang PTPTN beserta “caj perkhidmatan” yang meragukan…
ya, atlit-atlit tersebut lebih layak bergelar jutawan…ya, kerana mereka bertanding untuk negara…biarkan, biarkan mereka jadi jutawan dan kita pula jadi penyumbang tegar untuk belanjawan negara…
bukan maksud utk menyinggung sesiapa, cuma teguran mengajak kita sama-sama berfikir secara logik dan rasional… logikkah ganjaran sebanyak itu di saat harga minyak rm2.70 seliter…fikirlah dan bertindajlah dengan rasa sensitif dan peka dengan keadaan rakyat…rakyat yang majoritinya lebih ramai dari sekumpulan atlit yang menyertai rombongan cik kiah sambil belajar di beijing…
MALAYSIA BOLEH!!!
Categorised in Uncategorized
dipetik dari laman selangorfc.com
PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti. Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan “Supermokh” sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya. Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah. Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan. Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya. Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi. Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita. Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir. Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda. Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun. Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air. Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan. Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara. Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah. Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak. Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan. Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985. Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976. Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa. Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985. Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir. Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar. Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989. Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991.
Categorised in Uncategorized
aku rajin baca entry nukilan bekas pensyarah bahasa arab aku kat matrik dulu. entry ini amat menarik perhatian aku.
rabbi dah mula keluar fatwa…adakah rabbi ini masih bersedih dengan kekalahan comrad beliau (avram grant) dalam saingan liga juara-juara eropah?
Categorised in Uncategorized
bila aku baca entry manusia-manusia ni, timbul persoalan di benak fikiranku… adekah blog ini akan menjadi tatapan anak cucu aku di masa hadapan? adakah itu tujuan aku berblog? adakah blog aku ni yang hanya mengandungi entry-entry yang tidak langsung menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia bakal dijadikan bahan rujukan oleh anak cucu cicit aku mungkin untuk projek sekolah (kajian tempatan) tingkatan 2 suatu masa nanti? adakah blog aku ini layak dijadikan bahan kajian ilmiah oleh cucu cicit aku yang genius lagi rupawan?
sebenarnya bukan persoalan-persoalan di atas yang aku nak bangkitkan, tapi aku cuma ingin memuji orangs secara sistematik kerana telah ada visi untuk memajukan anak bangsa menerusi entry-entry yang bermutu dan menyedarkan masyarakat amnya dan cucu cicit beliau khususnya. pujian aku kepada orangs bukanlah semata-mata untuk mempromosikan diri beliau yang masih bujang dan mengamalkan adat timur yang sopan seperti apa yang didakwa oleh si epal hijau atau bukan juga kerana aku ada hubungan songsang dengan beliau seperti dakwaan makcik yang tertinggal sebelah selipar di ballroom istana raja… tetapi kerana kekaguman aku terhadap visi beliau itu…
orangs seperti yang kita sedia maklum adalah produk unggul MMAS yang melahirkan ramai negarawan unggul menurut kata beliau sewaktu kami mula-mula kenal di matrik sebuah IPTA dahulu… selain beliau ramai lagi warga MMAS yang aku kenal semasa di matrik tersebut. malah beliau juga sepanjang pengetahuan aku merupakan seorang penyerang prolifik. ini dibuktikan melalui beberapa siri perlawanan persahabatan dan pertandingan yang kami sertai bersama. kami dipanggil gandingan naga berkembar…sebenarnya emang lebih hebat dari kami…ini fakta, bukan auta…sebab tu emang sekarang kat brunel UK main bola dengan team kat sana…team MAWAR UNITED kalau tak silap percaturan aku…
berbalik kepada orangs…memandangkan ini adalah entry khusus buat beliau yang pertama aku hasilkan, aku akan sekali lagi memberi pujian yang melambung kepada beliau… beliau bolehllah dikategorikan sebagai seorang yang kacak bergaya (kalau tak kacak beliau takkan berlakon iklan dayya bukan?) pernah kami, rakan-rakan beliau membandingkan kekacakan beliau beliau dengan seorang lelaki yang lain yang kami gelar “jambu”(jangan salah anggap, perbandingan ini untuk tujuan akademik, kami bukan gay)…emang tentu kenal budak jambu tersebut…salah seorang kawan kami menyatakan orangs lebih kacak dari “jambu” sedangkan majority(lebih 2′3 majority) yang lain termasuk aku sebulat suara menyatakan “JAMBU” LEBIH KACAK…tapi orangs tak kurang hebatnya dengan rahang ala brad pitt mengikut kata beliau sendiri atau beguk tak baik2 menurut kata seorang kawan perempuan beliau. ditambah lagi muka yang iras2 pelakon utama filem seram tak berapa seram “jangan pandang belakang”, tidak dapat dinafikan lagi orangs menjadi rebutan ramai wanita dan bukan wanita(faham2 jelah)…
orangs, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, berlakon teater adalah makanan beliau, tetapi tidak pernah beliau mengabaikan akhirat. sekali lagi aku tabik dengan komitmen beliau menentang pendudukan zionis di wilayah palestin. orangs yang aku kenali seorang yang kreati, berbakat didalam seni lukis dan karikatur juga photography, seorang yang cool dan ada ciri-ciri suami mithali…
orangs, seorang jejaka misteri juga seorang pelawak berbakat. bakat lawaknya dapat dikesan sejak beliau duduk sebilik dengan saudara atoi dan duduk berjiran dengan seorang pelajar bangla serta penceramah motivasi yang separa botak dan agak bunsit tapi kaya dan hensem. malah bakat beliau dalam dunia lawak dan stand-up comedy mungkin lebih unggul dari sang raja lawak astro…ini betul-betul punya kejadian. lawak-lawak beliau adalah lawak yang berilmu dan berijazah. beliau kan kriminal loyer yang berjaya….
orangs, rasanya, cukup setakat ini dululah entry yang aku hasilkan khusus untuk ko sebab ko belum abis bayar lagi..aku check akaun bank aku tadi ko baru bayar 1/4 je dari jumlah bayaran yang kita persetujui untuk entry pujian melambung untuk ko ni… jadi aku pun terpaksa tulis 1/4 sahaja dari keseluruhan cerita ko…takpe, ada duit lebih terus masukkan dalam akaun aku… macam yang selalu aku tegaskan, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima…aku nak pasang sport rim yang cun…ko ingat lagi kan nombor akaun aku?
sekian,
terima kasih
Categorised in Uncategorized
keputusan ICJ adalah muktamad dan tidak boleh dirayu… pulau batu putih di bawah kedaulatan singapura…hasil dari kesilapan kita sendiri…kita tidak ingin melihat wilayah kedaulatan Malaysia di rampas lagi, sila pertahankan setiap inci tanah air kita, mulakan dengan pulau pisang di pontian yang dari segi sejarahnya punya cerita yang hampir sama dengan pulau batu putih@pedra branca…buatlah apa cara sekalipun, majukan pulau tersebut, laksanakan penguatkuasaan, hantar kapal perang ke sana…asalkan sahaja ia kekal menjadi hak milik Malaysia selama-lamanya…dengan ini, aku lancarkan kempen,
“SELAMATKAN MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA”
Categorised in Uncategorized
hari ni aku dikelilingi lebih kurang 36 lelaki yg ditahan reman di sebuah penjara di tanah air.. rutin biasa tiap-tiap hujung bulan. interview sorang demi sorang, biasalah reman, tak digari dengan 2 org pengawal pengiring. aku rasa selamat. aku dan seorang lagi rakan setugas mula bagi taklimat dan mula menemuramah seorang demi seorang tahanan. butir-butir perbualan adalah dirahsiakan. mungkin orangs tau sebab dia peguam handal(handal ke?).
ada yang dah berpengalaman keluar masuk penjara dan pusat ada yang macam samseng jalanan, yang pasti semua mereka merenung tajam ke arah ku lalu aku balas dengan senyuman yang bertukar renungan garang ke arah mereka satu persatu.. korang ingat aku takut dengan korang…lalala.. sesi interview berjalan lancar dan aku buat keputusan untuk tidak membuka satu pun fail kerana tidak ada yang menepati kriteria yang ditetapkan.
kadang-kadang kesian dengar rintihan mereka dan kadang-kadang ada rasa nak marah dan melenting terutama kepada yang suka tunjuk pandai walaupun sebenarnya mereka tidaklah mempunyai kepandaian yang aku boleh iktiraf sebagai genius. sekali lagi, kes2 yang berkaitan dadah menjadi hidangan utama hari ni. mereka yang sebangsa dengan aku pulak yang menjadi majoriti, dah berkahwin, beranak pinak pun masih dengan kegilaan yang sama atas alasan yang mudah,
“saya ambil benda ni untuk suka-suka saje tuan”
“saya ambil benda ni untuk tahan ngantuk masa kerja je tuan”
aku time kerja pun ngantuk tapi takde pulak aku rasa nak amik benda tu buat tahan ngantuk…
bila ditanya,
“ko memang penagih ke?”
ada yang jawab’
“takdelah tuan, saya tak ketagih, saya ambik sekali sekala je”
aku tanya lagi,
“sekali sekala tu macam mana?”
beliau jawab,
“3 hari sekali tuan”
aku tengking dalam hati,
“kepala hotak ko sekali sekala, aku baling kerusi ni kang”…
apa pun, bersyukurlah kita dikurniakan fikiran untuk berfikir baik dan buruk…jadilah manusia yang berguna macam beliau, beliau dan beliau. jangan buang sampah merata-rata. hargai dan cintai sungai kita. jom makan ais krim di milan.
Categorised in Uncategorized
Categorised in Uncategorized